Q & A Mengenai Ujian Allah S.W.T

 
Semasa saya menjalankan latihan kaunseling saya didatangi pelbagai macam klien dengan bermacam masalah yang berbeza. Mereka datang kepada saya sudah pasti dengan masalah. Masalah tersendiri dan sebenarnya masalah itu adalah dugaan kehidupan dan ujian di dunia. Sesungguhnya Allah S.W.T sedang menguji klien-klien saya. Saya sebenar bukanlah pelajar kaunseling yang hebat dalam ilmu pengetahuan agama tetapi saya bukan jenis orang yang jika tidak tahu akan terus mendiam. Jadi saya terdorong untuk mencari erti ujian yang di turunkan Allah S.W.T kepada hamba-Nya. Kerana saya yakin segala apa yang kita hadapi di muka bumi ini kita akan berbalik kepada Yang Maha Pencipta. Jadi saya temui jawapan-jawapan yang memberi penjelasan tentang ujian dari Ilahi. Jika sesiapa yang rasa ada silapnya dibawah ini sila betulkan saya.

Q: Kenapa Aku Sering Diuji ?

A: Firman Allah Surah Al-Ankabut : 2-3

Maksudnya : "Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan) ?Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta."


Q: Kenapa aku tak dapat Apa yang aku idamkan ?

A: Firman Allah surah : Al-Baqarah : 216

Maksudnya : "Kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."


Q: Kenapa aku Diuji Dengan Ujian Seberat Ini ?

A: JawapanNya :

Firman Allah Surah Al-Baqarah : 286

 Maksudnya : "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya."


Q: Bagaimana nak menghadapi Ujian Ini ?

A: Firman Allah Surah Al-Baqarah : 45

Maksudnya : "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang Yang khusyuk."


Q: Apa yang aku dapat dari  semua ini ?

A: Firman Allah Surah At-Taubah : 111

Maksudnya : "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...