Saya pernah mengikuti satu program motivasi suatu ketika dahulu di Kem Bina Semangat di Ampangan Pecah, Kuala Kubu Bharu lebih kurang 5 tahun lepas. Dalam program itu salah seorang fasilatator ketika itu ada menceritakan mengenai asal usul bagaimana Ampangan Pecah mendapat namanya. Dan seingat saya ia ada kaitan dengan seekor buaya putih di sungai tersebut. Saya tidak ingat sepenuhnya cerita tersebut dan apabila saya mencari maklumat mengenai cerita ini di internet barulah saya ingat semula kisah sepenuhnya. Oh! baru saya ingat semula kisah menarik ini yang ada kait mengait dengan seorang pegawai Inggeris yang bernama Cecil Ranking..
Menurut Arkib Negara Malaysia nama Ampangan Pecah ini wujud daripada satu kisah lagenda Buaya Putih kira-kira pada tahun 1883 dimana kedegilan seorang pegawai Inggeris yang bernama Cecil Ranking telah menembak seekor buaya putih yang kononnya dianggap oleh penduduk kampung sebagai “penunggu” (spirit guardian of the river) di situ. Akibat dari kedegilan beliau membunuh buaya tersebut maka berlaku satu banjir besar dimana telah memusnahkan empangan yang dibina oleh penduduk dari batang-batang kayu dan ditambak dengan tanah merentangi Sungai Kubu, iaitu anak Sungai Selangor. Panjangnya empangan itu kira-kira 1.6 kilometer dan lebarnya melebihi 91.4 meter. Tragedi pecahnya empangan itu juga dikenali sebagai 'Sejarah Kuala Kubu.
(mungkin lebih kurang begini agaknya Buaya Putih tersebut)
No comments:
Post a Comment