Mengapa Stress ?

 Sebelum ini saya pernah membincangkan mengenai stress atau pun tekanan yang dialami dalam kehidupan seharian kita. Jadi hari ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai mengapa orang boleh alami stress. Dalam kehidupan kita pada masa kini serba maju dengan macam-macam benda dan perkara pastinya kita tidak dapat mengelak stress dari berlaku. Saya sendiri pernah mengalami stress begitu juga dengan mereka disekelilingasaya. Saya banyak mendengar keluhan dari mereka disekeliling saya. "Mengapa aku stress..", "Tak boleh ke kalau tak stress?" dan "Arghhh... peninglah stress-stress ni..". Hmmmn.. ini kebiasaannya sahaja. Banyak lagi cara keluhan yang belum saya dengari lagi sebab setiap orang akan berhadapan dengans stress dengan cara yang berbeza. Jadi mari kita tengok apakah yang menyebabkan kita terjebak dengan genjala stress ini agaknya. 


Punca-punca Stress

Sikap (Wrong Attitude)
Tidak banyak bahan-bahan bacaan menyentuh sikap kita sendiri sebagai punca berlakunya stress. Sebenarnya penyumbang terbesar berlakunya stress berpunca daripada sikap kita sendiri. Ya, kadang-kadang stress itu datang dari faktor luaran tetapi kita juga mampu mengelak stress dari peringkat awal lagi daripada berlaku. Sebagai contoh, sikap suka bertangguh. Ini adalah satu sikap yang tidak elok. Berdasarkan pengalaman peribadi saya semasa belajar di IPTA. Saya dapati sikap buat tugasan last minit menjadi tabiat mereka dan apabila sampai dipenghujung deathline jadi disitu baru mereka rasa tertekan untuk menyiapkan tugasan tersebut. Ada diantara mereka sanggup berjaga hingga ke subuh untuk menyiapkan tugasan. Sudahkan tugasan tidak siap kemudia tidur lewat (tidak cukup tidur), ini semua adalah faktor-faktor untuk seseorang yang mengundang stress datang kepada mereka. Jadi apa yang perlu untuk menanganinya adalah fokus kepada perancangan kerja-kerja yang mahu dilakukan dan ambil tindakan untuk mengubah sikap kita.

Matlamat yang tidak SMART (Un-SMART Goals)
Setiap orang ada matlamat mereka sendiri. Matlamat atau goal yang mereka tetapkan jika terlalu tinggi dari keupayaan mereka kadang-kadang boleh membawa stress. Mengapa? Bukankah baik jika meletakkan sasaran yang lebih tinggi? Apa salahnya jika meletakan matlamat yang lebih tinggi dari keupayaan? Ya, kesemua soalan diatas perlu kita fikirkan sama-sama. Ada dua situasi yang akan berlaku jika meletakkan matlamat yang terlalu tinggi. Pertama jika kita seorang pekerja biasa dan mensasarkan mahu naik pangkat menjadi pengurus dalam masa dua tahun kita akan kerja bersungguh-sungguh. Dan hasilnya selepas dua tahun itu kita dilantik menjadi pengurus atas usaha sendiri. Bagaimana jika perkara ini tidak berlaku. Sedangkan anda sudah berusaha bersungguh-sungguh. Bagi mereka yang berfikiran positif ini adalah cabaran dan hanyalah stress yang berguna iaitu dikenali sebagai eustress. Dimana mereka ini menjadikan stress sebagai pemangkin untuk berjaya. Bagi yang berfikiran negatif, mereka cenderung untuk down dan terus bergelumang dengan stress kerana apa yang mereka usahakan tidak sepertimana yang mereka harapkan. Jadi nasihat saya, tidak salah meletakkan sasaran yang tinggi tetapi biarlah sasaran itu berkonsepkan SMART iaitu  ||Specific ||Measureable ||Achievable ||Realistic ||Time. Insya'allah saya akan publishkan tentang konsep SMART ini dilain entri.

Faktor Luaran (External Factors)
Kesesakan lalu lintas jalan raya, cuaca panas, menunggu bas, mendengar bebelan atau luahan daripada orang lain. Kesemua ini biasa kita dengar dan saya lebih mudah untuk kategorikan ini semua dalam fator luaran yang bukan datang dari diri kita. Saban hari memang kita akan berhadapan dengan semua perkara ini. Kadang-kadang ada dikalangan kita juga bila terdengar anjing menyalak di kejiranan pun akan menyebabkan stress sebab tidak boleh mendengar kebisingan. Macam-macam lagi sebenarnya. Kesemua faktor luaran ini kita lakukan sedikit penyesuaian dengan lifestyle kita. Ada perkara external yang boleh kita ubah dan ada yang perlu kita sesuaikan. Jika berhadapan jalan sesak haruslah keluar awal atau guna jalan alternatif. Jika cuaca panas banyakkan minum air. 

Masalah Keluarga & Perhubungan (Family & Relationship)
Keluarga adalah orang paling hampir dengan kita yang juga merupakan satu sistem sokongan sosial yang biasanya terdiri daripada ibu, bapa, dan adik-beradik lain. Ada orang memiliki keluarga yang bahagia ada juga keluarga yang retak menanti belah. Walaubagaimana sekalipun bentuk keluarga anda, konflik atau masalah perhubungan dikalangan ahli keluarga tidak dapat dielakkan. Asalkan lidah lagi tergigit. Sebagai contoh, pertelingkahan antara suami isteri yang berlarutan akan menimbulkan stress. Kadang-kadang ada diantara mereka terbawa-bawa ke tempat kerja. Begitu juga konflik dengan adik beradik yang berebut tanah pusaka. Perhubungan jadi rengang. Dan memikirkan perhubungan mereka itu boleh mendatangkan stress. Mengapa mereka stress? Ini bukan soal siapa menang atau kalah dalam sesuatu konflik itu tetapi lebih kepada individu itu sendiri melihat hubungan itu sebagai sesuatu yang penting. Bak kata pepatah air dicincangkan tidak akan putus.
Kerjaya (Carier)
Kerjaya (Carier)
Stess yang disebabkan persekitaran tempat kerja (Enviromental & Job Stress). Tekanan ditempat kerja boleh timbul apabila wujudnya persekitaran tidak kondusif seperti ruang tempat kerja yang sempit, ruang dan keadaan kerja yang tidak sesuai. Suasan bising dan bingit semasa berkerja dan pengurusan persekitaran yang tidak cekap di tempat kerja. Terdapat juga tekanan yang disebabkan oleh gaya hidup dan pekerjaan (fatigue & overwork stress). Antara faktor yang menyumbang kepada tekanan jenis adalah seperti bebanan kerja seperti tekanan dari segi masa atau tarikh luput kerja yang perlu disiapkan dan terbeban dengan tangungjawab di luar keupayaan dan pengalaman diri. Perubahan dasar dan prosuder di tempat kerja juga salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya tekanan tambahan pula individu tersebut sukar menyesuaikan diri mengikut peredaran masa. Tekanan dalam perkembangan kerjaya juga boleh berlaku contohnya timbul kebimbangan terhadap jaminan pekerjaan serta kurangnya peluang kenaikan pangkat atau gaji. Biasanya akan berlaku fenomena jemu dan kecewa terhadap pekerjaan ketika sejak di dalam tempoh pekerjaan. Semasa bekerja juga, seseorang itu juga terdedah kepada situasi yang penuh tekanan seperti berhadapan dengan kerenah pelanggan atau majikan. Biasanya pihak atasan menuntut lebih daripada apa kemampuan pekerjanya dan melakukan sesuatu diluar keupayaan mereka. Inilah punca berlakunya sesuatu tekanan kepada individu. Begitu berhadapan dengan pelanggan, pelanggan yang terlalu cerewet akan menyebabkan pekerja tidak dapat tahan dengan keadaan sebegitu, sehinggalah menyebabkan mereka tertekan. Tekanan demi tekanan yang berlaku menyebabkan seseorang itu tidak tertahan dan terbawa-bawa ke rumah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...