Penipuan Evolusi

Tidak terdapat sebarang bukti kukuh untuk menyokong imej "manusia-beruk" yang terus didoktrinkan oleh pihak media dan golongan akademik evolusionis. Dengan berus yang masih di tangan, para evolusionis ini menghasilkan makhluk khayalan mereka, tetapi kenyataan bahawa lukisan-lukisan mereka ini langsung tidak menepati fosil-fosil yang ditemui, telah memberikan masalah yang besar kepada mereka. Antara cara yang digunakan untuk menangani masalah ini ialah dengan "mencipta" fosil-fosil yang sebenarnya tidak pernah ditemui. Piltdown Man, skandal terbesar di dalam sejarah sains, merupakan di antara contoh metode tersebut.



PILTDOWN MAN: Rahang Orang Utan + Tengkorak Manusia


Fosil-fosil tersebut telah digali oleh Charles Dawson 
dan telah diberikan kepada Sir Arthur Smith Woodward.






 Serpihan-serpihan telah dipasang semula 
untuk membentuk tengkorak
Philtdown Man kononnya.





Setelah 40 tahun selepas penemuannya, fosil Piltdown Man telah dibuktikan sebagai satu penipuan oleh sekumpulan penyelidik.
 





Seorang doktor yang amat dikenali yang juga seorang ahli paleontologi (ilmu kaji manusia), Charles Dawson telah mendakwa menemui sekeping tulang rahang dan serpihan tengkorak manusia di dalam sebuah lombong di Piltdown, England dalam tahun 1912. Walau pun, rahang tersebut menyerupai beruk tetapi gigi dan tengkoraknya lebih mirip kepada manusia. Ia kemudian telah dikenali sebagai "Piltdown Man". Ia didakwa berusia 500 ribu tahun dan telah dipamerkan di beberapa buah muzium sebagai bukti evolusi manusia yang jelas. Selama 40 tahun, ramai saintis telah menulis berbagai artikel berkenaan Piltdown Man ini. Berbagaitafsiran dan lakaran lukisan telah dihasilkan, dan fosil ini kemudian telah dikemukakan sebagai sebuah bukti penting terhadap evolusi manusia. Tidak kurang daripada 500 tesis kedoktoran telah ditulis di bawah tajuk ini. Seorang ahli paleontologi Amerika, Henry Fairfield Osborn, ketika melawat Muzium British dalam tahun 1935, telah berkata, "... kita perlu diperingatkan berulang-ulang kali bahawa Alam Semula jadi ini dipenuhi dengan berbagai paradok dan ini merupakan sebuah penemuan yang memeranjatkan tentang manusia terawal ..."

Pada tahun 1949, Kenneth Oakley, daripada Jabatan Paleontologi Muzium British telah melakukan "ujian florin", satu ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti usia sesebuah fosil lama. Suatu ujian telah dijalankanke atas fosil Piltdown Man ini. Hasilnya amat memeranjatkan! Ketika ujian, didapati tulang rahang tersebut tidak mengandungi sebarang florin. Ini menunjukkan bahawa ia telah ditanam beberapa tahun sahaja di dalam tanah. Sementara, tengkorak tersebut pula hanya mengandung sedikit florin, menunjukkan bahawa ia hanya berusia beberapa ribu tahun sahaja.

Kajian seterusnya yang dijalankan dengan menggunakan kaedah ujian florin yang sama telah mendapati bahawa tengkorak tersebut hanya berusia beberapa ribu tahun sahaja. Ia juga telah menunjukkan bahawa gigi-gigi yang terdapat pada rahang tersebut adalah kepunyaan seekor orang utan yang telah dipasangkan (pada rahang tersebut) dan segala peralatan primitif yang ditemui adalah bahan tiruan yang telah dipalsukan dengan peralatan-peralatan besi. Di dalam ujian lebih terperinci yang telah disempurnakan oleh Weiner, penipuan ini telah didedahkan kepada umum pada tahun 1953. Tengkorak tersebut adalah kepunyaan manusia berusia 500 ribu tahun dan tulang rahang tersebut pula adalah kepunyaan seekor orang utan moden yang telah mati !. Gigi-giginya pula telah diaturkan di dalam satu susunan dan dimasukkan ke dalam rahang, dan ia juga telah ditokok tambah untuk menjadikannya lebih mirip kepada manusia. Kemudian semua serpihan ini telah disalut dengan "potassium dichromate" untuk menjadikannya kelihatan usang. Lapisan yang disalut ini mulai hilang apabila ia direndam ke dalam asid. Le Gros Clark, antara individu yang terlibat di dalam kumpulan yang membongkar penipuan ini tidak dapat menyembunyikan rasa terperanjatnyadan berkata, "Bukti kepalsuan ini amat jelas kelihatan. Ianya amat ketara sehinggakan mereka tertanya-tanya – bagaimana mereka tidak dapat mengesannya sebelum ini?". Setelah menyedari keadaan ini, Piltdown Man telah dipindahkan dengan segera daripada Muzium British setelah dipamerkan selama 40 tahun.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...