Sudu atau Tangan ?

 Jika anda mahu makan, adakah anda menyuap makanan menggunakan tangan atau menggunakan sudu? Sebenarnya sengaja saya ketengahkan persoalan ini. Saya sendiri juga makan menggunakan sudu dan garfu tetapi lebih selesa menggunakan tangan selagi makanan itu bukanlah jenis yang western, mee ataupun jenis makanan yang berkuah. Tidak kiralah anda makan pakai tangan atau sudu sebab ia tetap menuju ke mulut. Saya minat untuk kongsikan dengan anda semua tentang dua perkara tentang makan pakai tangan sebenarnya. Pertama sunnah Nabi Muhammad S.A.W  dan keduanya adalah bagaimana Tengku Kudin menjawab soalan penjajah British tentang mengapa dia makan menggunakan tanggan walaupun telah disediakan sudu dan garfu.

Terdapat banyak sunnah rasulullah jika kita teliti dalam kehidupan harian kita. Satu daripadanya adalah cara makan. Nabi Muhammad S.A.W, menyarankan agar memakai tiga jari dalam apa apa jua makanan. Ini menunjukkan sifat keperibadian seseorang dan merupakann salah satu cara untuk berdoa mendapat sifat kehambaan. Sekiranya makan dengan 5 jari, di namakan rakus, makan dengan 4 jari, namanya tamak, makan dengan 2 jari, namanya sombong dan makan dengan 1 jari, maknanya mencela. Jadi kita pilih sunnah rasulullah, iaitu makan dengan tiga jari.Terdapat beberapa Hadis Riwayat yang menerangkan bagaimana Rasulullah S.A.W makan dengan menggunakan tangan. Antaranya :-

Menggunakan Tiga Jari 
Dari Ka'ab bin Malik r.a., "Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)" (HR Muslim)

Makanlah Dengan Tangan Kanan
Dari Salamah bin al-Akwa' R.A., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah S.A.W. Maka Baginda berkata: "Makanlah dengan tangan kananmu". Lelaki itu berkata: "Aku tak boleh". Baginda menjawab, "Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian tidak dapat diangkat tangannya ke mulut." (HR Muslim)

Dari Jabir R.A. berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya." (HR Muslim)

Menjilat Jari Selepas Makan
Dari Ibn Abbas R.A. berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda, "Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)" (HR Bukhari dan Muslim)


TENGKU KUDIN & TANGANNYA

Ini kisah Tengku Kudin pula, Di akhir abad ke- 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Kisah ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes. Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya:
"Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain.
Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tahu yang tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab

saya sendiri yang membasuhnya - bukannya orang lain.Manakala Sudu dan garfu itu
dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya

saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah

jatuh dalam longkang.......... !!!
"

Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.... 

Jadi, jika anda mahu menggunakan tangan untuk makan pastikan tangan anda dibasuh dengan bersih. Sebab zaman sekarang macam-macam jenis penyakit boleh menjangkit if  kita abaikan kebersihan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...