Pada satu hari seorang pelanggan datang ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan merapikan janggutnya. Si tukang gunting pun mula menggunting rambut pelanggannya dan bermulalah perbualan di antara mereka. Mereka membicarakan banyak perkara dan pelbagai topik perbualan sehingga pada suatu ketika, topik perbualan beralih tentang Tuhan.

Mengapa Stress ?

 Sebelum ini saya pernah membincangkan mengenai stress atau pun tekanan yang dialami dalam kehidupan seharian kita. Jadi hari ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai mengapa orang boleh alami stress. Dalam kehidupan kita pada masa kini serba maju dengan macam-macam benda dan perkara pastinya kita tidak dapat mengelak stress dari berlaku. Saya sendiri pernah mengalami stress begitu juga dengan mereka disekelilingasaya. Saya banyak mendengar keluhan dari mereka disekeliling saya. "Mengapa aku stress..", "Tak boleh ke kalau tak stress?" dan "Arghhh... peninglah stress-stress ni..". Hmmmn.. ini kebiasaannya sahaja. Banyak lagi cara keluhan yang belum saya dengari lagi sebab setiap orang akan berhadapan dengans stress dengan cara yang berbeza. Jadi mari kita tengok apakah yang menyebabkan kita terjebak dengan genjala stress ini agaknya. 

Q & A Mengenai Ujian Allah S.W.T

 
Semasa saya menjalankan latihan kaunseling saya didatangi pelbagai macam klien dengan bermacam masalah yang berbeza. Mereka datang kepada saya sudah pasti dengan masalah. Masalah tersendiri dan sebenarnya masalah itu adalah dugaan kehidupan dan ujian di dunia. Sesungguhnya Allah S.W.T sedang menguji klien-klien saya. Saya sebenar bukanlah pelajar kaunseling yang hebat dalam ilmu pengetahuan agama tetapi saya bukan jenis orang yang jika tidak tahu akan terus mendiam. Jadi saya terdorong untuk mencari erti ujian yang di turunkan Allah S.W.T kepada hamba-Nya. Kerana saya yakin segala apa yang kita hadapi di muka bumi ini kita akan berbalik kepada Yang Maha Pencipta. Jadi saya temui jawapan-jawapan yang memberi penjelasan tentang ujian dari Ilahi. Jika sesiapa yang rasa ada silapnya dibawah ini sila betulkan saya.

Paras Laut Malaysia Naik 5mm Setahun

Selain kenaikan harga minyak RON97, saya rasa bukanlah satu kejutan jika kita diberitakan tentang kenaikan paras air laut di negara kita juga. Kajian mengenai kenaikan paras air laut di Malaysia oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan bahawa purata kenaikan aras laut bagi tahun 2000 hingga 2050 adalah 0.25 meter, iaitu bersamaan dengan lima milimeter setahun. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam satu kenyataan berkata kajian JPS itu dibuat sebagai susulan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim baru-baru ini yang mendakwa kenaikan paras air laut adalah 28 hingga 43 sentimeter menjelang akhir abad ini.

Apabila Kita Di Hina


Diam dan Sabar? Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan apabila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi di khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita. Apabila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa itu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.Dalam situasi apabila kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan, kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan apabila kita dihina. Antaranya ialah:

Bateri Baghdad

Dalam tahun 1938, seorang ahli arkeologi Jerman, Wilhelm K├Ânig menemui satu objek seakan pasu yang kini dikenali sebagai 'Bateri Baghdad'. Tetapi bagaimana diketahui bahawa objek ini, lebih kurang 2,000 tahun dulu, telah digunakan sebagai bateri. Sekiranya ia benar-benar telah dijadikan bateri - sepertimana ditunjukkan oleh kajian yang dijalankan - maka semua teori yang mengatakan bahawa peradaban sentiasa berkembang dan masyarakat purba hidup serba kekurangan, akan hancur sepenuhnya. Belanga tembikar yang diselaputi aspal dan bitumen ini mengandungi silinder tembaga. Bahagian bawah silinder ini dilapisi cakera tembaga. Penutup aspal memegang rod besi di tengahnya yang diunjurkan ke dalam silinder, tanpa ada sebarang tindakbalas.

Tengkorak Mona Lisa Ditemui ?

Para arkeologi menemui satu tengkorak wanita yang dipercayai menjadi model untuk pelukis terkenal, Leonardo da Vinci melukis potret Mona Lisa, lapor sebuah akhbar semalam. Tengkorak dan tulang wanita itu ditemui semasa mereka menggali kubur bawah tanah di biara St. Ursula, Florence di Itali yang dipercayai milik seorang wanita yang menjadi model pelukis tersebut melukis potret Mona Lisa. Pasukan penggalian mendedahkan pada minggu lalu bahawa mereka menemui bilik kawasan rahsia selepas dua minggu melakukan kerja-kerja mencari di biara St. Ursula yang telah tidak digunakan lagi. 

Sudu atau Tangan ?

 Jika anda mahu makan, adakah anda menyuap makanan menggunakan tangan atau menggunakan sudu? Sebenarnya sengaja saya ketengahkan persoalan ini. Saya sendiri juga makan menggunakan sudu dan garfu tetapi lebih selesa menggunakan tangan selagi makanan itu bukanlah jenis yang western, mee ataupun jenis makanan yang berkuah. Tidak kiralah anda makan pakai tangan atau sudu sebab ia tetap menuju ke mulut. Saya minat untuk kongsikan dengan anda semua tentang dua perkara tentang makan pakai tangan sebenarnya. Pertama sunnah Nabi Muhammad S.A.W  dan keduanya adalah bagaimana Tengku Kudin menjawab soalan penjajah British tentang mengapa dia makan menggunakan tanggan walaupun telah disediakan sudu dan garfu.

Lagenda Buaya Putih Ampangan Pecah

Saya pernah mengikuti satu program motivasi suatu ketika dahulu di Kem Bina Semangat di Ampangan Pecah, Kuala Kubu Bharu lebih kurang 5 tahun lepas. Dalam program itu salah seorang fasilatator ketika itu ada menceritakan mengenai asal usul bagaimana Ampangan Pecah mendapat namanya. Dan seingat saya ia ada kaitan dengan seekor buaya putih di sungai tersebut. Saya tidak ingat sepenuhnya cerita tersebut dan apabila saya mencari maklumat mengenai cerita ini di internet barulah saya ingat semula kisah sepenuhnya. Oh! baru saya ingat semula kisah menarik ini yang ada kait mengait dengan seorang pegawai Inggeris yang bernama Cecil Ranking.

Wanita Juga Bersunat



Sebahagian besar masyarakat Islam di negara ini, mengkhatankan bayi perempuan dianggap sebagai satu tuntutan agama walaupun secara dasarnya ia bukan amalan yang wajib dilaksanakan. Rata-ratanya percaya, bersunat boleh mempengaruhi kesihatan sepanjang hayat sama ada untuk lelaki mahupun wanita. Bersunat bagi perempuan ialah dengan memotong sebahagian muncung daging yang tersembul berdekatan saluran kemaluan wanita. Dimana ia terletak di sebelah atas faraj yang kelihatan seakan-akan bonjolan. Bersunat bagi wanita bertujuan untuk menjaga kebersihan selain daripada mengawasi kesihatan batin. Menurut petua orang-orang lama juga, berkhatan dapat memelihara diri daripada mendapat pelbagai penyakit. Ia juga merupakan satu cara untuk mendoakan zuriat menjadi perempuan yang baik dan solehah apabila dewasa nanti.

Sesuatu Tentang Ular


Untuk makluman ular adalah sejenis haiwan reptilia yang tidak berkaki dan berdarah sejuk. Ia sama juga seperti haiwan bersisik lain seperti biawak, mengkarung dan penyu. Saya pasti ramai dalam kalangan kita ada yang menakuti ular. Saya juga ada rasa semacam jika ada ular dihadapan saya boleh timbul rasa berdebar dalam hati ini tetapi tidaklah sampai fobia. Jika sesiapa yang fobia atau takut akan ular ia dipanggil "ofiodiofobia" dan ada juga yang meminati ular dipanggil sebagai "ofiofilia". Manakala pakar dalam bab-bab mengkaji ular dikenali sebagai ofiologis. Di dalam movie-movie pun tidak kurang banyaknya kisah-kisah tentang ular antaranya seperti KING COBRA (filem barat) dan NAAGINN (filem hindustan). Jadi saya di sini ada beberapa maklumat yang tidak kurang menariknya tentang ular untuk dikonsikan di bawah ini.


Jangan Terpedaya...



Seorang pelajar telah dirasuk. Seorang ustaz lulusan al-Azhar membacakan ayat-ayat suci terutamanya ayat Kursi tetapi gagal mengusir si jin. Kemudian datang seorang guru silat X membacakan ayat Kursi, jin berjaya dikeluarkan sekejap sahaja.

Ustaz : Macam mana saya baca ayat Kursi tapi jin tak keluar? Encik baca ayat Kursi juga tetapi jin keluar?

Guru Silat: Itulah..... (jawabnya sambil tesenyum dan berbangga kerana dia lebih hebat daripada seorang lulusan al-Azhar)

Apa sebenarnya yang berlaku dan bagaimana bomoh boleh mengetahui sesuatu lebih awal ?

Masyarakat Maya : Moden di Zaman Purba ?



Penduduk Maya menetap di Amerika Tengah sekitar tahun 1,000 BC pada satu jarak yang jauh daripada peradaban maju lain seperti di Mesir, Greek dan Mesopotamia. Ciri penduduk Maya yang paling penting adalah kemajuan saintifik mereka dalam bidang astronomi dan matematik, serta cara penulisan yang kompleks. Berbanding dengan dunia Barat pada masa itu, pengetahuan mereka tentang masa, astronomi dan matematik berada ribuan tahun lebih ke hadapan. Sebagai contoh, pengiraan mereka tentang putaran tahunan bumi lebih tepat berbanding yang lain sebelum adanya komputer. Penduduk Maya telah mengguna konsep sifar ribuan tahun lebih awal sebelum diketahui oleh ahli-ahli matematik Barat, serta mengguna angka dan simbol yang jauh lebih maju daripada komuniti yang lain.

Penipuan Evolusi

Tidak terdapat sebarang bukti kukuh untuk menyokong imej "manusia-beruk" yang terus didoktrinkan oleh pihak media dan golongan akademik evolusionis. Dengan berus yang masih di tangan, para evolusionis ini menghasilkan makhluk khayalan mereka, tetapi kenyataan bahawa lukisan-lukisan mereka ini langsung tidak menepati fosil-fosil yang ditemui, telah memberikan masalah yang besar kepada mereka. Antara cara yang digunakan untuk menangani masalah ini ialah dengan "mencipta" fosil-fosil yang sebenarnya tidak pernah ditemui. Piltdown Man, skandal terbesar di dalam sejarah sains, merupakan di antara contoh metode tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...