Masyarakat Maya : Moden di Zaman Purba ?



Penduduk Maya menetap di Amerika Tengah sekitar tahun 1,000 BC pada satu jarak yang jauh daripada peradaban maju lain seperti di Mesir, Greek dan Mesopotamia. Ciri penduduk Maya yang paling penting adalah kemajuan saintifik mereka dalam bidang astronomi dan matematik, serta cara penulisan yang kompleks. Berbanding dengan dunia Barat pada masa itu, pengetahuan mereka tentang masa, astronomi dan matematik berada ribuan tahun lebih ke hadapan. Sebagai contoh, pengiraan mereka tentang putaran tahunan bumi lebih tepat berbanding yang lain sebelum adanya komputer. Penduduk Maya telah mengguna konsep sifar ribuan tahun lebih awal sebelum diketahui oleh ahli-ahli matematik Barat, serta mengguna angka dan simbol yang jauh lebih maju daripada komuniti yang lain.


RANGKAIAN JALANRAYA DI BANDAR PURBA TIKAL

Tikal, antara bandar tertua masyarakat Maya yang ditemui pada kurun ke-8. Penggalian arkeologi dalam bandar yang terletak dalam hutan liar itu telah menemui beberapa rumah, istana, piramid, kuil dan kawasan perhimpunan. Kesemua kawasan ini dihubungkan oleh jalan. Imej radar telah menunjukkan bahawa selain sistem perparitan yang lengkap, bandar itu juga mempunyai sistem pengairan yang sempurna. Tikal tidak terletak berdekatan dengan sungai atau tasik, dan didapati bahawa bandar itu memanfaatkan lebih kurang sepuluh takungan air.

Lima jalan utama dari Tikal menuju ke dalam hutan. Ahli arkeologi menggambarkannya sebagai jalan upacara. Gambaran dari udara mendapati bandar-bandar masyarakat Maya dihubungkan antara satu sama lain melalui rangkaian jalan yang besar yang keseluruhannya mempunyai kepanjangan lebih kurang 300 kilometer (190 batu) dan menunjukkan kejuruteraan yang terperinci. Kesemua jalanan dibuat daripada pecahan batuan dan dilitupi dengan lapisan tebal berwarna cerah. Jalanan ini lurus seolah-olah disusun atur dengan pembaris, dan persoalan penting belum terjawab tentang cara masyarakat Maya menentukan arah semasa pembinaan jalan serta perkakasan dan peralatan yang telah digunakan. Oleh kerana kita membincangkan tentang keajaiban kejuruteraan yang mempunyai panjang ratusan kilometer, amat jelas sekali bahawa kesemua jalan ini merupakan hasil daripada pengiraan dan tindakan terperinci serta penggunaan bahan dan peralatan yang sesuai.

KALENDAR MAYA 

Haab, kalendar umum yang digunakan oleh penduduk Maya, mengandungi 365 hari, merupakan satu produk hasil kemajuan peradaban mereka. Sebenarnya, mereka sedar bahawa jangka masa setahun adalah lama sedikit berbanding 365 hari; anggaran mereka ialah 365.242036 hari. Dalam kalendar Gregorian yang digunakan sekarang, setahun mempunyai 365.2425 hari. Seperti mana yang dapat dilihat, hanya terdapat perbezaan kecil di antara kedua angka - satu lagi bukti kepakaran masyarakat Maya dalam bidang matematik dan astronomi. 


ILMU ASTROLOGI MASYARAKAT MAYA
Tiga buah buku masyarakat Maya yang kita ada pada hari ini dikenali sebagai Maya Codices dan mengandungi maklumat penting berkaitan kehidupan dan pengetahuan astronomi mereka. Daripada ketiganya - Madrid Codex, Paris Codex dan Dresden Codex - yang terakhir merupakan buku penting yang menunjukkan pengetahuan astronomi mendalam mereka. Mereka juga memiliki sistem penulisan yang amat kompleks, yang hanya kurang daripada 30% telah ditafsir. Namun ini sudah mencukupi untuk membuktikan kemajuan sains yang mereka miliki. Sebagai contoh, halaman 11 Dresden Codex mengandungi informasi tentang planet Venus. Penduduk Maya telah mengira tahun Venus yang mempunyai 583.92 hari, dan membundarkannya kepada 584 hari. Sebagai tambahan, mereka juga menghasilkan lukisan kitaran planet itu sejak ribuan tahun. Dua halaman lain pula mengandungi maklumat tentang planet Marikh, empat lagi berkenaan planet Jupiter dan satelitnya, dan lapan halaman tentang bulan, Merkuri dan Saturn, menjelaskan pengiraan sukar tentang orbit-orbit planet di sekeliling matahari, hubungan di antara mereka, dan kaitannya dengan bumi.

Ketepatan ilmu astronomi masyarakat Maya telah membolehkan mereka untuk menentukan bahawa satu hari perlu ditolak dari orbit Venus setiap 6,000 tahun. Bagaimanakah mereka mendapat maklumat sedemikian? Ini masih lagi diperdebat di kalangan ahli astronomi, ahli arkeologi dan ahli kaji sifat fizikal bintang dan planet. Hari ini, pengiraan kompleks sebegitu dibuat dengan bantuan teknologi komputer. Saintis-saintis mempelajari ruang angkasa dari di dalam balai cerap yang dilengkapi dengan segala macam perkakasan elekrik dan teknikal. Namun, masyarakat Maya telah mendapat ilmu mereka 2,000 tahun sebelum teknologi terkini dicipta. Ini sekali lagi menolak dakwaan bahawa masyarakat sentiasa berkembang daripada primitif kepada keadaan lebih maju. Ramai penduduk masa lampau memiliki kemajuan peradaban seperti masyarakat hari ini, bahkan kadang-kala lebih baik. Kebanyakan komuniti hari ini belum lagi mencapai tahap yang dipunyai oleh masyarakat terdahulu. Pendek kata, peradaban kadang-kadang bergerak ke hadapan dan ke belakang pada masa yang lain, serta peradaban maju dan mundur kadang-kala wujud serentak.

PENGUNAAN RODA BERGERIGI




Kajian di kawasan-kawasan yang telah didiami penduduk Maya membuktikan bahawa mereka mengguna alatan yang mempunyai roda gear. Gambar di halaman berikut yang dirakam dari bandar utama penduduk Maya di Copen adalah antara buktinya. Masyarakat yang menggunakan teknologi roda bergerigi pastinya memiliki ilmu kejuruteraan mekanikal. 

Adalah mustahil untuk seseorang yang tidak mempunyai pengetahuan ini menghasilkan mekanisme roda gear. Misalannya, jika anda disuruh untuk membuat mekanisme sama seperti yang ditunjukkan gambar tersebut, tentu saja anda tidak mampu menghasilkannya tanpa latihan bersesuaian, apatah lagi untuk memastikan mekanisme itu berfungsi dengan baik. Kemampuan masyarakat Maya untuk melakukannya merupakan petanda penting yang menunjukkan tahap pengetahuan mereka, dan membuktikan mereka yang hidup di masa lalu tidak 'mundur'. Contoh-contoh tersebut sehingga kini merupakan sebahagian bukti kemajuan peradaban yang dicapai oleh penduduk zaman lampau. Ini membawa kita kepada satu kebenaran yang amat nyata: Dakwaan evolusionis sejak dulu bahawa masyarakat dulu kala hidup serba ringkas, terkebelakang, kehidupan primitif, ternyata salah. Masyarakat dengan tahap ketamadunan yang berbeza dan berlainan budaya telah wujud dalam semua zaman; namun tiada yang berubah dari yang lainnya. Fakta bahawa beberapa peradaban yang mundur wujud 1,000 tahun lalu tidak bererti sejarah mengalami evolusi, atau masyarakat berkembang daripada primitif kepada tamadun lebih maju. Ini kerana di samping kewujudan komuniti yang mundur, terdapat juga masyarakat yang maju yang membuat perkembangan besar dalam bidang sains dan teknologi serta membina tamadun yang gemilang. Memang benar bahawa interaksi budaya dan peningkatan pengetahuan diperturun kepada setiap generasi baru juga memainkan peranan penting dalam perkembangan masyarakat. Tetapi ini bukan evolusi.


 (Gambar ini menunjukkan yang masyarakat Maya pada masa tersebut sudah mencipta pengangkutan yang menyerupai motor dengan sistem tertentu)



MASYARAKAT MAYA, PENGAJARAN DARI AL-QURAN

Dalam melihat contoh masyarakat yang hidup di masa lalu, Al-Quran memberitahu kita bahawa sebahagian mereka sebenarnya telah membina budaya yang tinggi:
Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah. : (Surah al-Mu'min, ayat 21)
Selain dari itu, tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka (yang telah dibinasakan dengan sebab dosa-dosanya)? Orang-orang itu lebih ramai dari mereka dan lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Dalam pada itu, apa yang telah diusahakan oleh orang-orang itu, tidak dapat menolongnya sedikitpun. : (Surah al-Mu'min, ayat 82)
Maka bukan sedikit negeri-negeri yang Kami binasakan dengan sebab kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah bangunan-bangunannya dan bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar dan istana yang tersergam (telah kosong, ditinggalkan). :  (Surah al-Hajj, ayat 45)
Adakah apa yang dikisahkan melalui al-Quran ini mengambarkan sebahagian masyarakat Maya? Kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam Al-Quran ini disokong oleh penemuan arkeologi. Apabila jumpaan arkeologi dan tapak petempatan masyarakat lampau dikaji, akan didapati bahawa kebanyakan mereka telah menikmati tahap kehidupan yang lebih baik daripada masyarakat moden, dan juga membuat banyak kemajuan dalam bidang teknologi kejuruteraan, astronomi, matematik dan perubatan. Jadi, sama-sama kita renungkan bagaimana kebenaran yang dibawa Al-Quran yang juga mengajar kita nilai sejarah.



Sumber : Harun Yahaya, ZAMAN BATU : Satu Pembohongan Sejarah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...